By Dony on Monday, 26 June 2017
Category: Islam

Lembaran Hidup Wanita Sholehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama…
 
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan…
 
Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
 
Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah….
 
Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar…
 
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya…. walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya…. bahagia adalah miliknya…
 
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah… . .
Aamiin ya Rabb.
 
Walohualam
Leave Comments